Cara-Cara Tempahan

Syarat-syarat Tempahan di SuFie HoMeStaY JoHoR.

1) Sebarang tempahan di SuFie HoMeStaY Johor, anda dikehendaki memeriksa terlebih dahulu kalendar di bahagian bawah page SuFie HoMeStaY JoHoR untuk memastikan tarikh yang ingin ditempah tidak bertindih dengan pelanggan lain yang telah membuat tempahan lebih awal.

 2) Jika tarikh yang dikehendaki masih ada kekosongan, anda bolehlah hubungi pihak kami iaitu Puan Eila 013-7117941 atau Encik Fauzie 013-7117940 untuk membuat sebarang tempahan.

3) Selepas itu, anda perlulah membuat Bayaran Deposit Tempahan sebanyak RM100 sahaja dan memaklumkan kepada kami jika anda telah membuat pembayaran beserta butiran berikut :
1.  Nama Penuh
2.  No Kad Pengenalan
3.  Email.

4) Pihak kami akan membuat semakan dan membuat pengesahkan penerimaan bayaran deposit tersebut serta memberi email kepada anda iaitu Resit Deposit Tempahan sebagai rujukan dan bukti pembayaran.

5) Akhir sekali, kami akan blok tarikh tersebut untuk anda sekiranya semua perkara di atas selesai.


** Nota Penting :

a) Jika anda ingin menukar tarikh tempahan, anda mestilah memaklumkan kepada kami seawal-awalnya seminggu sebelum hari check-in. Kami boleh menerima penukaran tarikh tempahan tetapi ianya bergantung kepada kekosongan tarikh yang ada.

b) Sekiranya anda ingin membatalkan tempahan, anda mestilah memaklumkan kepada kami 3 hari awal. Jika tidak, bayaran tempahan anda tidak boleh dikembalikan.

c) Bayaran surcaj akan dikenakan dengan kadar bayaran RM10 untuk 1 jam sekiranya
    i)  anda terlebih masa check out iaitu melebihi masa 12.00 tengah hari atau 
    ii) anda ingin check in awal sebelum 2.30 petang.

d) Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guest kami yang pernah menginap di SuFie HoMeStaY JoHoR.Lain kali sila datang lagi.

e) Walau apapun, kami tetap mempunyai budi bicara dalam setiap masalah yang dihadapi. Kami sentiasa berbincang ke arah kebaikan jika syarat kami telah anda dipatuhi.

Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment